KIULU
Kiulu merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Pantai Barat Sabah, Malaysia, di bawah daerah Tuaran. Daerah Kiulu dikenali unik dengan keindahan semula jadi iaitu flora dan fauna ditambah lagi terdapat sungai yang menelusuri sepanjang perjalanan dari pekan tersebut menuju ke Pekan Tamparuli. Kawasan kiulu ini menjadi pusat pelancongan dan terkenal sebagai destinasi pelancongan di daerah Tuaran yang menyediakan berbagai tempat menarik, serta pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan. Pekan Kiulu terletak 47-kilometer dari bandar Kota Kinabalu dan 23-kilometer dari pekan Tuaran. Selain kawasan pelancongan, Kiulu juga adalah pengeluar hasil pertanian seperti buah-buahan, ubi, nenas, koko, dan sebagainya. Hasil pertanian ini boleh dibeli di tamu-tamu mingguan yang beroperasi di daerah Kiulu.
ASAL-USUL
Menurut sumber daripada masyarakat di Kiulu, nama Kiulu diambil dari buluh kecil yang dikenali sebagai Tulu yang tumbuh di tebing sungai. Kawasan Kiulu pada mulanya tidak memiliki nama yang spesifik, namun terdapat banyak pokok Tulu yang tumbuh di kawasan tebing sungai sehingga masyarakat yang meneroka kawasan tersebut menyebutnya Kitulu yang bermaksud kawasan yang mempunyai pokok Tulu. Seiring berjalannya waktu, istilah Kitulu mengalami perubahan menjadi Kiulu, yang akhirnya menjadi nama rasmi Pekan Kiulu.
DEMOGRAFI PENDUDUK
1) Melayu
2) Kadazan/Dusun
3) Bajau
4) Murut
5) Cina
6) Lain-lain
Warganegara:
- Bumiputera Islam: 477
- Bumiputera Bukan Islam(Dusun+Bajau+Murut): 16,543
- Cina: 103
- Lain-lain kaum: 20
Bukan Warganegara: 157
JUMLAH: 17,300
Dikemaskini: 09 Ogos 2023
KEMUDAHAN ASAS PERHUBUNGAN / INFRASTRUKTUR DAERAH KECIL KIULU
1. Jaringan Jalan Raya
2. Bekalan Air
3. Bekalan Elektrik
4. Jaringan Pencapaian Internet
Negara: Malaysia - Negeri: Sabah
Bahagian: Pantai Barat - Daerah: Tuaran
Zon: MST - Waktu: Kota Kinabalu, Malaysia (UTC+8)
Kod Kawasan: 088 - Kawasan Kejiranan
Tamu Mingguan:
1. Kg. Pukak (ISNIN, 6AM - 12PM)
2. Pekan Kiulu (SELASA, 6AM - 1PM)