Kegiatan Pertanian Yang Dijalankan Di Daerah Kiulu


KEGIATAN PERTANIAN YANG DIJALANKAN DI DAERAH KECIL KIULU

Kiulu mempunyai pelbagai jenis tanaman termasuklah buah nenas madu sebagai hasil tani utama yang dijual di tamu Pekan Tamparuli pada hari Rabu dan Pekan Kiulu pada hari Selasa. Terdapat juga tanaman lain seperti sayur-sayuran, penanaman padi huma (dikawasan lembah dan bukit), pengusahawan sawah padi, dan tanaman selingan (campuran) seperti kelapa, ubi kayu, ubi manis, rempah (halia, kunyit, lengkuas, serai) dan sebagainya. Kegiatan pertanian tersebut dijalankan secara kecil-kecilan dibeberapa tempat di sekitar Kiulu. Misalnya, Kg. Logub, Kg. Tomis, Kg. Lokos, Kg. Tudan, Kg. Borombon, Kg. Sinopukan, dan Kg. Tulung. Manakala, buah-buahan seperti durian, rambutan langsat serta kebun getah yang dijalankan lebih kurang 99 peratus (%) daripada penduduk Daerah Kecil Kiulu. Disamping itu, turut tidak ketinggalan juga perusahaan penternakan Lebah Kelulut atau lebih dikenali sebagai Tantadan dalam bahasa Dusun, memberikan banyak faedah kepada pendapatan sampingan dan perubatan.


Disediakan oleh: David Stanislaus Ikot,
Kakitangan Pejabat Daerah Kecil Kiulu.